Ilmu baru
Assalamualaikum....
rupa-rupanya susah jugak yer nk membina blog yang cantik menarik tertarik kebabom ni....
hahaha...x pelah kita belajar pelan2....
benda baru...mesti kena belajar dari bawah juga kan...maaflah kalo page aku ni macam sendu sikit....ππ
cuma nak cerita...
Macamtu jugaklah kehidupan kita ni...nak tak nak mesti kena belajar dari awal. Kita tak kan peroleh ilmu kalau kita tak berusaha. Usaha itu juga mestilah bersifat berterusan.
Ilmu ni luas. Tak semestinya kau dapat kat sekolah je. Ilmu ni kau akan perolehi melalui liku-liku kehidupan kau. Pengalaman mendewasa dan mematangkan kita.
Macam mana nak jadi dewasa dan matang...????
Belajarlah dari kesilapan dan yang penting jangan pernah takut untuk membuat salah....Jika dah berbuat salah, akuilah kesilapan kita dan belajarlah dari kesalahan itu. Kadang-kadang melalui kesilapan kita tulah yang akan menjadi asbab untuk kejayaan kita pada kemudian hari.
Tapi perlu ke kita buat kesilapan yang sama berulang kali...??
Hahahaha...itu nama nya bengap..kan dah kata, lepas buat silap belajarlah betulkan kesilapan tu.
Tu sebab pentingnya ilmu di awal tadi...sebab dengan berbekalkan ilmulah yang dapat membawa kita ke jalan yang benarrr...
Kebanyakan orang sangat takut untuk membuat salah. Jadi dia akan hidup dalam keadaan nak semuanya betul..akhirnya dia juga yang stress.
Jangan takut untuk melangkah tapi perhati dan belajarlah dari setiap langkah itu
ps:// kutiplah sebanyak mana pengalaman hidup ini kerana itu adalah movie paling best untuk ditayangkan pada anak cucu nanti.
Comments
Post a Comment